Thursday, July 21, 2011

nk update blog....

Punya ler lama blog ni x di update.Sampai lupa doh ia punya url...hehehehe.Ni terpanggil nk menulis coz ada coure blog kat sek....cikgu nyer Puan Zaimah..TQ teacher.

Saturday, June 16, 2007

Apa itu Sains?

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.
Portal:Sains Sains

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.

Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.

Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Apa itu Matematik?


Matematik adalah badan ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaan peniskalaan dan logik, daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian sistematik kedudukan, bentuk dan usul objek-objek fizikal. Ahli matematik meneroka pelbagai konsep, sasaran untuk merumuskan tekaan baru dan mewujudkan kebenaran mereka oleh potongan ketat daripada yang sesuai aksiom dan takrifnya.

Matematik juga digunakan di seluruh dunia dalam banyak bidang, termasuk sains, kejuruteraan, ubat, dan ekonomi. Kedua-dua bidang-bidang ini mengilhamkan dan menggunakan penemuan-penemuan baru dalam matematik. Permohonan matematik untuk bidang-bidang demikian sering dipanggil matematik gunaan. Ahli-ahli matematik juga melibatkan diri dalam matematik tulen, atau matematik untuknya sendiri, tanpa mempunyai penggunaan praktikal apa-apa dalam fikiran; walaupun permohonan untuk apa-apa bermula daripada matematik tulen sering kedapatan terlambat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Matematik

Selamat Datang!



Assalamualaikum, selamat datang ke blog cikgu yang tak seberapa ini. Cikgu ni masih dalam proses untuk menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk cikgu menyampaikan tips serta tutorial berkaitan dengan matapelajaran fizik dan matematik yang cikgu ajar di SSBJ.